Pagi itu hujan renyai-renyai. Jam di dinding menunjukkan jam 7.40 pagi. Teksi yang dah ditelefon sebentar tadi masih tak sampai-sampai. Mata ini kadangkala ralit melihat keadaan hujan di luar rumah flat C-2-14 menerusi bilahan-bilahan tingkap balkoni belakang.
Deringan ton lagu yang keluar menerusi telefon bimbit menyentak lamunan. Setelah menjawab panggilan tersebut, kaki ini terus menuruni anak-anak tangga flat dan menapak ke arah teksi. Beg besar berwarna hitam berserta laptop aku sumbatkan ke dalam bonet teksi.
Pintu teksi ditutup rapat.
Teksi merah berderu meredah titisan-titisan air hujan menuju ke destinasi yang aku sangat ingin pergi pada pagi tersebut.
"SELAMAT DATANG KE IPPPP."
Salam mesra yang dihulur oleh salah seorang staff wanita di situ menyemarakkan lagi rasa teruja untuk terus mendaftar, menginap, belajar dan menjadi salah seorang daripada jutaan warga pendidik kelak.
************
11 Februari 2008 merupakan hari yang paling bermakna buat diri aku, kerna pada tanggal tersebut dengan izin-Nya, aku telah dipilih untuk bergelar pelatih di maktab perguruan. Aku sememangnya sangat gembira apabila mendapat tawaran ini. Tak ku sangka, impian dan harapan untuk bergelar Cikgu bakal terlaksana.
Namun, dalam rasa gembira itu, tak siapa yang tahu, betapa peritnya hati ni apabila terdapat segelintir insan-insan sekeliling yang selama ini rapat, malahan ada antara mereka yang mempunyai talian persaudaraan secara terang-terangan mencerca dan menghina seolah-olah 'laluan' yang telah diri ini pilih sangat hina.
"Ape lah ko jadi Cikgu. Low class.."
"Jangan tiru si Ajam tu. Belajar tinggi-tinggi, abis keluar jadi Cikgu je"
"Tak rase malu ke jadi Cikgu?. Pilih la keje lain yang lagi baik"
Perit. Memang perit.
Dalam mencari sokongan, cacian yang aku dapat.
Sedih. Memang sedih.
Sampai satu tahap ada kalanya sampai membuatkan aku jelak utk pulang ke kampung halaman. Meluat melihat gelagat insan-insan yang tersebut di atas. Malahan, ketika menulis titipan nota ini, rasa geram dan menyampah membungkam 'tarian' jari-jemari yang ligat berdansa di atas keyboard laptop ini.
Namun, aku bersyukur, sebab punya keluarga yang sangat memahami dan sangat menyokong karier pilihan aku ini. Terima kasih Abah, Mak, Kakyong, Lope, Amir, Apa dan Pirah. Ajam sangat menghargai sokongan walaupun tak terlafaz dengan kata-kata. Juga tak dilupakan buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan.
Buat kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-saudara yang masih mencaci dan mencerca diri ini, terima kasih. Kini aku boleh tersenyum melihat gelagat anda itu, kerna buat pengetahuan anda, diri ini amat gembira dan bahagia dengan adanya anak-anak murid di sekeliling yang lebih memahami daripada diri anda. Thanks, but no thanks.

My lovely kids.
To those who had loved, supported and hated me in choosing this career,
THANK YOU VERY MUCH.
Posted at 10:01 pm by muzem
 |  |  |
Wantut July 31, 2009 09:29 AM PDT
congratss.. kau buat ape yg kau enjoy. itu yang penting... kalaulah aku boleh jadi cikgu gak... tapi aku ni bukan jenis penyabar orgnye.. dgn anak2 aku pon kadang2 terlepas pelempang jepun.. ala.. marah main2.. |
 |

 |  |  |
ms July 31, 2009 04:56 PM PDT
Sape kate jadi cikgu ni low class? Pekerjaan2 lain yang kononnya high class tu, permulaan nye kene cikgu2 yang kononnye low class ni ajar mereka dulu gak. Takde cikgu ni, tak ke mana diorang....
pada pendapat saya, adalah lebih baik untuk manusia macam saudara, yang sememangnye ingin menjadi guru, menceburi kerjaya tersebut. Daripada mereka yang menceburi kerjaya tersebut kerana terpaksa (sebab takde pilihan, atau result kurang baik). Ini adalah kerana kerja mendidik manusia bukan perkara yang mudah... ia memerlukan keihklasan....
Parent saye guru bersara, dan saye minat untuk menjadi guru. Tapi parent saye mohon saye jadi Doktor. Tapi tak mengapalah. saye masih boleh menjadi pensyarah insya Allah.
Ape-apepun, all the best untuk sedara... keep up the good work :D |
 |

 |  |  |
wani August 1, 2009 11:14 PM PDT
alaa chegu.. derang saje je condemn sbb dengki.. bkn sng woo nak jd cikgu.. ramai apply, bape je yg dpt kan... hehehe cheers! |
 |

 |  |  |
en_me August 11, 2009 08:14 PM PDT
syabas cekgu muzem ittewww.. salamm dr me dikejauhannns |
 |

 |  |  |
Name August 13, 2009 10:04 PM PDT
sakit jiwa bace cacian2 itu
hishhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!! |
 |

 |  |  |
cikgu bobo September 29, 2009 10:29 PM PDT
ada jugak org2 yang berfikiran sempir a.k.a jumud itu... mujur takd e saper komen seperti itu kepada bobo... nak jadi cikgu, bukan semua org boleh jadi cikgu... kalau low class, maknanya, sesiapa boleh jadi cikgu... mengajar ikut suka, gaji sekadarnya, dan tak perlu para pengomen menghantar anak mereka ke sekolah... nanti anak mereka jadi low class jugak kan...
apa-apapun, yang penting kita tahu pilihan kita... kita tahu kepuasan kita... dan bobo sehingga hari ini masih sangat bersyukur terpilih oleh takdir tuhan menjadi seorang guru... dikelilingi murid-murid yang menyenangkan hati... walaupun setiap kali masuk kelas, mesti ada je yang akan merasai sentuhan tangan sama ada secara lembut atau #%$$%... *ops* |
 |

 |  |  |
cekgu ayip.. October 5, 2009 09:42 PM PDT
sabarlah muzem... aku pun penah kena mcm hang jugak.. bila jumpa makcik pakcik dorg ckp : jadi cekgu je ke? blaja dulu amek biology haiwan.. choy!!! itu sebab dulu aku penah surh hang amek lecturer uitm itew...hiks! |
 |