'Enjoying' the last minutes: Countdown to UPSR 2009.
2 hari lagi UPSR bakal menjengah di pintu pagar sekolah. Dalam pukul 7.30 pagi, UPSR akan terus meneruskan 'kayuhan basikalnya' menuju ke pintu dewan peperiksaan. Dan, tepat jam 8.15 pagi, akan bermulalah episod 'pertempuran' bayi-bayi tahun 1997 dengannya.
Right now, the feelings are mixed up~
Sebagai seorang Cikgu pasti akan terbit perasaan gementar/gemuruh dalam meniti minit-minit terakhir 48 jam yang mendatang ini. Sebagai seorang 'chef', pasti mengharapkan segala 'ramuan' dan 'bahan-bahan' yang telah digaulkan selama ini memberikan hasil yang "manthop". Debaran pastinya memuncak-muncak tika mana loceng oven berbunyi. "TINGGG!~"
Tiba masanya untuk melihat samada ramuan itu 'hangus' ataupun tidak.

Jadual Pertempuran
Ketika tangan ligat menaip titipan entry ini di skrin laptop, handphone aku juga ligat 'berbunyi' menerima 'kunjungan' SMS dari kawan-kawan guru di sekitar Malaysia tentang soalan-soalan spot UPSR tahun ini. Terima kasih. Tapi, minda ini turut ligat memikirkan sekiranya yang di spot itu betul-betul masuk, adakah berbaloi pengajian selama 6 tahun 'ditewaskan' dengan pembacaan/penghafalan topik-topik terpilih hanya selama beberapa hari ini?. Dan, sekiranya yang di spot itu tak masuk, tak 'terkangkang'kah mereka di dewan peperiksaan nanti? ops*
Biarlah mereka menjadi nakhoda kepada kapal mereka sendiri kali ini. Sama ada selamat atau karamnya kapal itu, hanya Yang Maha Esa mengetahui. Indeed, 'He is the best planner'. In fact, sekarang ni pun Dia sudah pun mengetahui berapa ramai yang akan mendapat 5A.
Apepun, buat semua guru-guru (terutamanya guru-guru Tahun 6), tugas kita sudah hampir selesai. Sekarang cuma menunggu masa untuk 'menghantar' mereka ke dewan pertempuran.
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka dan biarkanlah hati-hati mereka tenang dalam menempuh hari-hari yang mendatang"
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009
:: 8 SEPTEMBER 2009 - 10 SEPTEMBER 2009 ::