Monday, October 12, 2009
Avakadabra~

Salam to ALL~

And also "HELLO to Myself"

(*apparently this blog is deadly-not-updated for a loo0oong time.. LOL.)

 


The Batchmates: Kursus Pembestarian Sekolah Kohot 3/09
We shared the joy and pain together


   Well, for a short update.. Aku sekarang ni tengah dok pursuing (erk.. sesuai ke term 'pursuing' ni??.. berbelit lidah teman nak menyebutnyer kome~.. hoho) a short-course at IPGM Kampus Pendidikan Islam, Bangi.. So far, aku agak enjoy la dok sini.. tetambah dengan adenye keletah rakan-rakan se-kursus.. Yet, still have another a week and a half sebelum kami semua 'turun padang' ke sekolah masing-masing pulak untuk menjalankan aktiviti sesi 'beriadah bersama ICT' dengan riangnya~.. Ekeke.

 

Posted at 08:30 pm by muzem
ade (3) makhluk dah berleter.  




Tuesday, September 08, 2009
UPSR 2009.

 

UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2009
8 SEPTEMBER - 10 SEPTEMBER 2009

:: SELAMAT BERTEMPUR ::

Posted at 07:12 am by muzem
nak bebel? klik sini!!  




Sunday, September 06, 2009
'Enjoying' the last minutes: Countdown to UPSR 2009.

   2 hari lagi UPSR bakal menjengah di pintu pagar sekolah. Dalam pukul 7.30 pagi, UPSR akan terus meneruskan 'kayuhan basikalnya' menuju ke pintu dewan peperiksaan. Dan, tepat jam 8.15 pagi, akan bermulalah episod 'pertempuran' bayi-bayi tahun 1997 dengannya.

Right now, the feelings are mixed up~

   Sebagai seorang Cikgu pasti akan terbit perasaan gementar/gemuruh dalam meniti minit-minit terakhir 48 jam yang mendatang ini. Sebagai seorang 'chef', pasti mengharapkan segala 'ramuan' dan 'bahan-bahan' yang telah digaulkan selama ini memberikan hasil yang  "manthop". Debaran pastinya memuncak-muncak tika mana loceng oven berbunyi. "TINGGG!~"

Tiba masanya untuk melihat samada ramuan itu 'hangus' ataupun tidak.


Jadual Pertempuran


   Ketika tangan ligat menaip titipan entry ini di skrin laptop, handphone aku juga ligat 'berbunyi' menerima 'kunjungan' SMS dari kawan-kawan guru di sekitar Malaysia tentang soalan-soalan spot UPSR tahun ini. Terima kasih. Tapi, minda ini turut ligat memikirkan sekiranya yang di spot itu betul-betul masuk, adakah berbaloi pengajian selama 6 tahun 'ditewaskan' dengan pembacaan/penghafalan topik-topik terpilih hanya selama beberapa hari ini?. Dan, sekiranya yang di spot itu tak masuk, tak 'terkangkang'kah mereka di dewan peperiksaan nanti? ops*

   Biarlah mereka menjadi nakhoda kepada kapal mereka sendiri kali ini. Sama ada selamat atau karamnya kapal itu, hanya Yang Maha Esa mengetahui. Indeed, 'He is the best planner'. In fact, sekarang ni pun Dia sudah pun mengetahui berapa ramai yang akan mendapat 5A.

   Apepun, buat semua guru-guru (terutamanya guru-guru Tahun 6), tugas kita sudah hampir selesai. Sekarang cuma menunggu masa untuk 'menghantar' mereka ke dewan pertempuran.

"Ya Allah, permudahkanlah segala urusan mereka dan biarkanlah hati-hati mereka tenang dalam menempuh hari-hari yang mendatang"


SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2009
:: 8 SEPTEMBER 2009 - 10 SEPTEMBER 2009 ::  

Posted at 11:56 am by muzem
ade (2) makhluk dah berleter.  




Friday, August 14, 2009
En Route to da' Past: A Job Hunter.

   Tiga hari lagi 17 Ogos 2009. Pejam-celik-pejam-celik, dah 2 tahun rupenye aku meninggalkan 'pentas' konvokesyen kat Dewan Tunku Syed Putra, USM tu. Sekarang ni pun dengar citer memang tengah musim Pesta Konvo kat USM. Mesti meriah abis laa suasana kat Tapak Konvo USM tu. Rindu.

 

Momments of Life: August 17th, 2007

 

   Ingat lagi, lepas je abis settle sem akhir kat USM, agak banyak jugak la dapat offer temuduga. In fact, during the final exams week at USM I already got an interview call session. Thanks to Allah for the chances & the opportunity He gave to me, although most of the jobs aku tolak.

   To date, seingat aku hampir berbelas interviews gak la aku pi, dan syukur most of them I nailed. Ade gak la yang aku failed.

List of jobs offer yang aku pernah dapat, tapi aku tolak:

1. Entomologist at NLC General Pest Control, Petaling Jaya
2. Entomologist at United Fumigation Sdn. Bhd., Port Klang
3. Entomologist at Envirocon Pest Control, Pandan Indah, KL
4. Entomologist at Kamal & Kamal Pest Control
5. Parasitologist at Fisheries Incubator, Penang.
6. Pensyarah Muda UiTM Arau, Perlis.

List jobs offer yang aku pernah dapat, dan aku terima:

1. Pegawai Penyelidik at IPPTN, Penang
2. Pembantu Penyelidik at Pusat Racun Negara, Penang
3. and of course.. A Teacher at School; January 2009 - present.

List interviews yang aku pernah attend, tapi failed:

1. Pegawai Penyelidik MARDI
2. Research Analyst at Integrascreen, Penang
3. Pegawai Sains

List interviews yang aku pernah dapat, tapi tak dapat nak attend:

1. Temuduga Pegawai Penyelidik FRIM
2. Temuduga Pensyarah Kolej PTPTL
3. Temuduga Pensyarah Kolej Teknologi Timur
4. Temuduga Tutor Biologi di UPSI
5. Temuduga Entomologist at Okin Pest Control, Petaling Jaya

   Heh~ Most of the interviews involved many stages and that really gave me a blood-bath preparation before the due date. Hehe. Interview paling tough bagi aku of course la the Pensyarah Muda UiTM.. :)

   Apepun, sekarang aku sangat happy dengan pilihan muktamad yang aku dah buat eventhough bile dipikir-pikir balik rase kelakar gak coz pi interview, dapat offer, then tolak. In fact, mase zaman-zaman dapat offer tu, dah lali dah dengan kata-kata orang lain seperti: "Bodoh la ko tolak offer tu..". Mak bapak aku pun pening. LOL~

   Aku masih ingat. Aku tolak most of the offers tu sebab hati ni sangat yakin mengatakan bahawa aku akan dapat jugak jadi Cikgu, walaupun mase tu aku belum lagi isi borang apply masuk maktab & undergo the interview.

Syukur Ya Allah. Terima Kasih. Kau Maha Mendengar.

"Kun Fayakun".

Posted at 11:14 pm by muzem
ade (1) makhluk dah berleter.  




Thursday, July 30, 2009
Sesekali teringat: Jerih-payah sebelum bergelar 'Cikgu'.

   Pagi itu hujan renyai-renyai. Jam di dinding menunjukkan jam 7.40 pagi. Teksi yang dah ditelefon sebentar tadi masih tak sampai-sampai. Mata ini kadangkala ralit melihat keadaan hujan di luar rumah flat C-2-14 menerusi bilahan-bilahan tingkap balkoni belakang.

   Deringan ton lagu yang keluar menerusi telefon bimbit menyentak lamunan. Setelah menjawab panggilan tersebut, kaki ini terus menuruni anak-anak tangga flat dan menapak ke arah teksi. Beg besar berwarna hitam berserta laptop aku sumbatkan ke dalam bonet teksi.

Pintu teksi ditutup rapat.

Teksi merah berderu meredah titisan-titisan air hujan menuju ke destinasi yang aku sangat ingin pergi pada pagi tersebut.

"SELAMAT DATANG KE IPPPP."

   Salam mesra yang dihulur oleh salah seorang staff wanita di situ menyemarakkan lagi rasa teruja untuk terus mendaftar, menginap, belajar dan menjadi salah seorang daripada jutaan warga pendidik kelak.

************

   11 Februari 2008 merupakan hari yang paling bermakna buat diri aku, kerna pada tanggal tersebut dengan izin-Nya, aku telah dipilih untuk bergelar pelatih di maktab perguruan. Aku sememangnya sangat gembira apabila mendapat tawaran ini. Tak ku sangka, impian dan harapan untuk bergelar Cikgu bakal terlaksana.

   Namun, dalam rasa gembira itu, tak siapa yang tahu, betapa peritnya hati ni apabila terdapat segelintir insan-insan sekeliling yang selama ini rapat, malahan ada antara mereka yang mempunyai talian persaudaraan secara terang-terangan mencerca dan menghina seolah-olah 'laluan' yang telah diri ini pilih sangat hina.

"Ape lah ko jadi Cikgu. Low class.."

"Jangan tiru si Ajam tu. Belajar tinggi-tinggi, abis keluar jadi Cikgu je"

"Tak rase malu ke jadi Cikgu?. Pilih la keje lain yang lagi baik"

Perit. Memang perit.

Dalam mencari sokongan, cacian yang aku dapat.

Sedih. Memang sedih.

   Sampai satu tahap ada kalanya sampai membuatkan aku jelak utk pulang ke kampung halaman. Meluat melihat gelagat insan-insan yang tersebut di atas. Malahan, ketika menulis titipan nota ini, rasa geram dan menyampah membungkam 'tarian' jari-jemari yang ligat berdansa di atas keyboard laptop ini.

   Namun, aku bersyukur, sebab punya keluarga yang sangat memahami dan sangat menyokong karier pilihan aku ini. Terima kasih Abah, Mak, Kakyong, Lope, Amir, Apa dan Pirah. Ajam sangat menghargai sokongan walaupun tak terlafaz dengan kata-kata. Juga tak dilupakan buat sahabat-sahabat yang sentiasa memberikan sokongan.

   Buat kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-saudara yang masih mencaci dan mencerca diri ini, terima kasih. Kini aku boleh tersenyum melihat gelagat anda itu, kerna buat pengetahuan anda, diri ini amat gembira dan bahagia dengan adanya anak-anak murid di sekeliling yang lebih memahami daripada diri anda. Thanks, but no thanks.


My lovely kids.


To those who had loved, supported and hated me in choosing this career,

THANK YOU VERY MUCH.

Posted at 10:01 pm by muzem
ade (7) makhluk dah berleter.  




Next Page



   









Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed